Kebiasaannya, apabila tiba musim perlawanan besar bola sepak, tentunya kedai-kedai makan ini akan dipenuhi oleh orang ramai. Mana tidaknya, setelah hampir dua tahun waktu operasi perniagaan dikawal, inilah masanya orang ramai melepaskan rindu untuk berkumpul bersama di kedai makan sehingga lewat malam. Tetapi pernahkah anda terfikir, adakah tempat-tempat ini menggunakan peranti/platform penstriman yang sah untuk paparkan rancangan hiburan tersebut kepada anda?

AstroBIZ telah menjalankan suatu kajian pada Februari 2021 sehingga Januari 2022. Mereka mendapati bahawa lebih 90% kedai makan dan minuman (F&B) telah menyiarkan Premier League menggunakan peranti penstriman haram.
Keburukan Menggunakan Peranti Penstriman Haram

Kedai yang terus menayangkan penstriman haram ini perlu tahu tentang Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022. Akta ini dibina dengan tujuan untuk mencegah jenayah pelanggaran hak cipta melalui teknologi penstriman. Jika didapati bersalah, saman sehingga RM200,000, penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya mungkin akan dikenakan. Pengarah bagi sesuatu syarikat itu juga mungkin akan turut disabitkan jika didapati bersalah. Dengan pewartaan akta ini, Astro melancarkan kempen, Bisnes Sapot Bisnes untuk memberi kesedaran betapa bahayanya jika perniagaan komersial teruskan tayangan haram ini.

Kevin Ng, Ketua Peniagaan Perusahaan Astro berkata beliau mengalu-alukan kerjasama dengan pihak PDRM, KPDNHEP dan PRESMA untuk memerangi cetak rompak ini. Hal ini kerana kegiatan ini akan memberi kesan kepada ekonomi Malaysia yang mana seterusnya akan memberi risiko kepada beribu-ribu pekerjaan.

Dato Hj. Jawahar Ali, Pemilik Restoran Ali Maju, yang juga Presiden bagi Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) menggesa pemilik-pemilik kedai untuk menjalankan perniagaan yang sah dan mahu memastikan semua perkhidmatan yang disediakan di bawah pengurusannya juga adalah sah. Malah, sebagai pemilik perniagaan yang beragama Islam, ia penting untuk beroperasi secara sah dan halal serta mengikut suruhan agama yang dituntut. Beliau turut menggesa untuk pengguna dan orang Islam menyokong perniagaan F&B yang melanggan pakej komersial TV yang sah. Cetak rompak adalah mencuri dan ia adalah haram.

Begitu juga dengan Shahrul Rizal, iaitu pemilik Warong Jasmin Seafood yang pada asalnya tidak tahu bahawa pakej residen Astro adalah haram selepas dua tahun menggunakannya di premis warong beliau setelah dimaklumkan oleh pihak AstroBIZ. Pakej residen ini haram digunakan untuk perniagaan kerana ia adalah untuk kegunaan seisi rumah. Jika sesuatu perniagaan ingin menggunakan Astro, mereka perlu melanggan pakej komersial. Jadi, sejurus selepas beliau menyedari bahawa pakej itu melanggar undang-undang, beliau terus menukar kepada pakej langganan komersial yang sah walaupun ia sedikit mahal. Hal ini kerana selain melanggar undang-undang, ia juga satu perbuatan yang tidak beretika kerana dapat menutup periuk nasi orang lain.

Parvinderjeet Singh yang juga seorang pengurus di sebuah restoran setuju dengan perkara ini dan berkata bahawa langganan pakej Astro yang sah adalah penting baginya kerana beliau mahu memberikan pengalaman tontonan kepada pelanggannya tanpa sebarang kebimbangan. Pesaingnya yang menggunakan kotak android sentiasa mengalami gangguan tontonan ketika penstriman. Ini membuatkan pelanggan mereka tidak berpuas hati. Jadi, beliau mahu pelanggannnya merasai pengalaman penstriman langsung yang terbaik dan sah di kedainya.
Oleh itu, bagi mendorong ahli-ahli persatuan PRESMA ini membuat langganan yang mematuhi undang-undang, AstroBIZ menawarkan solusi dengan mengadakan pakej istimewa untuk mereka dengan cara pembayaran yang lebih fleksibel. Penawaran ini juga dilihat akan mendorong ahli-ahli persatuan ini untuk mendaftar Astro dan menganjurkan acara tontonan sukan di kedai. Perkara ini seterusnya membantu mereka untuk pulihkan perniagaan dan dalam masa yang sama memberikan situasi menang-menang (win-win situation) kepada kedua-dua belah pihak.
Tambahan pula, tahun ini juga adalah tahun kesukanan dimana FIFA World Cup Qatar 2022, Commonwealth, SEA Games, MotoGP, BWF, Grand Slams, ATP dan pelbagai lagi akan diadakan. Astro tentunya akan memberi liputan menyeluruh untuk kesemua sukan antarabangsa ini. Astro juga percaya penawaran kandungan mereka ini sedikit sebanyak akan membantu memberi pulangan dan seterusnya membantu memulihkan perniagaan seiring fasa pasca pandemik ini kepada perniagaan komersil, terutamanya daripada industri F&B.

Menurut Kevin Ng, terdapat pelbagai kelebihan apabila sesebuah perniagaan itu menggunakan pakej TV komersial yang ditawarkan oleh AstroBIZ. Antaranya adalah:
- AstroBIZ akan membantu untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan ke premis untuk menonton rancangan hiburan bersama rakan-rakan.
- Membantu membuat pemasaran berasaskan data yang telah dikenal pasti demografinya seperti profil penduduk berhampiran kedai makan.
- Menawarkan pelbagai jenis kandungan yang tidak hanya terhad untuk kandungan sukan sahaja.
- Langganan pakej yang fleksibel dan yang paling penting sekali adalah ia menggunakan peranti penstriman yang 100% sah.
Pelbagai pakej disediakan yang boleh membantu perniagaan anda menjadi lebih maju dan perkara ini juga memberikan situasi menang-menang kepada kedua-dua pihak. Oleh itu, bagi anda yang membuka perniagaan dan sering menayangkan kandungan penstriman, pastikan peranti penstriman yang anda gunakan adalah sah dan tidak melanggar undang-undang. Hal ini kerana jika didapati bersalah, anda akan disabitkan kesalahan dibawah Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022 dan akan dikenakan hukuman yang setimpal. Oleh itu, langgan pakej AstroBIZ sekarang untuk membantu anda mendapatkan kandungan daripada peranti penstriman yang sah.
- Info
- Layari : Laman Rasmi Astro Untuk Maklumat Lanjut
Penafian : Advertorial daripada Astro