Cari @ Amanz

Sebelum Apple Watch Series 7 dilancarkan, terdapat ura-ura yang Apple akan menggunakan rekaan serba baharu. Imej pengolokan tertiris mendedahkan yang Apple Watch akan menggunakan rekaan rata selari dengan iPhone 12 dan iPhone 13.

Namun rekaan ini tidak digunakan pada Apple Watch Series 7, kerana menurut laporan ada beberapa masalah produksi berlaku.

Terkini ciapan daripada Twitter ShrimpApplePro, mendedahkan yang rekaan rata ini adalah untuk Apple Watch Series 8. Menurut sumber, panel kaca rata untuk jam ini tidak lama lagi akan bersedia untuk dihasilkan dalam kuantiti yang banyak.

Spekulasi menyatakan ia adalah untuk Apple Watch Series 8, tetapi Apple mungkin akan melancarkan banyak jam – jadi tidak pasti rekaan baharu ini untuk semua atau terhad untuk satu model.

Sama-sama kita nantikan maklumat lebih lanjut akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd