Brave adalah antara pelayar web yang memfokuskan privasi. Pelayar web ini turut popular di kalangan pengguna iOS, dengan skor 4.8 dariapda lebih 220 ribu pengguna ada di gedung aplikasi App Store.
Terkini, Brave telah mengedarkan kemaskini untuk pengguna iOS dengan menyertakan had privasi secara terbina terus dalam aplikasi pelayar web mereka.
Dalam Privacy Hub pada Brave, ia boleh memberi amaran kepada pengguna mengenai penjejak, cubaan mencuri data, mengambil akses lokasi secara senyap dan banyak lagi.
Versi ini turut mengetatkan lagi sekuriti agar laman web yang “jahat”, tidak dapat mengenalpasti aktiviti pengguna di atas talian. Brave menggunakan satu helah menjadikan identiti pengguna rawak dalam API mereka untuk menjayakan usaha melindungi data pengguna ini.
Kemaskini adalah versi 1.38 dan ia sudah pun boleh dimuat turun di App Store hari ini.