Beberapa bulan yang lalu tular di media sosial apabila seorang kanak-kanak hampir tertelan dawai kokot yang digunakan pada pembungkus tapai. Sebelum itu tular juga kes kanak-kanak tercucuk mulut kerana pencungkil kayu digunakan untuk tujuan yang sama. Jelas terdapat keperluan menghasilkan sistem yang lebih selamat untuk “mengikat” bungkusan makanan.

Tastee Tape ialah pita pelekat yang direka khusus untuk digunakan pada makanan. Ia diperbuat daripada bahan dan pelekat yang selamat untuk dimakan. Idea menghasilkan Tastee Tape wujud kerana masalah makanan burito yang terbuka ketika dimakan. Maka pelekat yang memastikan ia sentiasa tergulung ketika makan perlu dihasilkan.
Maka pereka Tyler Guarino, Marie Eric, Rachel Nie, dan Erin Walsh dari John Hopkins University bekerjasama menghasilkan Tastee Tape. Kerana ciptaan mereka masih dalam proses mendapatkan paten, bahan yang digunakan untuk pita dan pelekat masih dirahsiakan.