Cari @ Amanz

Twitter Memperkenalkan Spaces Khusus Untuk Super Follows

Link Copied!

Twitter kini sedang memfokuskan kepada perkhidmatan berbayar mereka untuk menjana lebih keuntungan. Mereka ada pelan langganan Twitter Blue, ada Spaces yang perlu beli tiket, ada ciri Super Follows untuk kandungan eksklusif berbayar dan banyak lagi.

Mengembangkan lagi ciri Super Follows ini, Twitter kini memperkenalkan Spaces khusus untuk pengikut setia ini. Jika anda adalah pengguna Twitter dengan lebih 10,000 pengikut, berusia 18 tahun ke atas dan aktif di Twitter anda boleh cipta Spaces eksklusif kepada pengikut berbayar anda.

Dengan ciri ini, anda boleh lakukan perbincangan atau kongsi pengalaman secaravterhad dalam kumpulan kecil yang setia sahaja. Buat masa ini, Super Follows terhad kepada pengguna terpilih sahaja kerana ia masih lagi dalam ujian.

Super Follows sudah pun berada di Malaysia, ini bermakna jika anda ada ikuti pengikut beriktiraf yang terpilih – anda boleh bayar untuk Super Follows pada harga serendah RM12.90.


Komen ()