Kerajaan serius untuk mengharamkan jualan produk tembakau kepada warga Malaysia yang dilahirkan selepas 2005. Langkah drastik ini diambil bagi memastikan generasi masa hadapan tidak akan dihantui masalah kesihatan kerana penggunaan produk tembakau seperti rokok.

Hari ini Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata kerajaan sedang mengkaji untuk mengharamkan paparan jenama pada produk tembakau yang dijual. Sebaliknya bungkusan pada kotak rokok pula sekadar menggunakan rekaan generik. Ini ialah langkah yang pernah diusulkan di United Kingdom beberapa tahun lalu.
Sekiranya ingin dikuatkuasakan, ia akan dimasukkan ke dalam pindaan Akta Kawalan Tembakau yang turut akan mengharamkan pembelian produk tembakau ke atas mereka yang lahir selepas 2005.
- Sumber
- Sumber – Bernama