TikTok Menguji Integrasi Permainan Video Dalam Aplikasi

Diterbitkan pada Mei 19, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

TikTok kini telah memulakan ujian integrasi permainan video dalam aplikasi, sekaligus membuatkan para pengguna terikat dalam aplikasi dan meluangkan masa untuk bermain tanpa meninggalkan aplikasi TikTok.

Ujian ini telah dimulakan di Vietnam, dan dilihat merupakan permulaan awal sebelum TikTok melakukan fokus lebih menyeluruh dalam arena permainan video.

Buat masa ini, TikTok bekerjasama dengan pihak seperti Zynga dalam mengintegrasikan permainan berbentuk HTML5 pada aplikasi mereka.

Selain memainkan permainan, pengguna juga turut boleh strim permainan yang dimainkan mereka ke akaun TikTok.

Langkah ini dilihat akan mengukuhkan lagi kedudukan mereka sebagai hab inforia dan hiburan untuk para pengguna.

Sebelum ini, Netflix turut telah memperluaskan penawaran mereka meliputi permainan video, disamping Apple yang memfokuskan Apple Arcade.

komen


© Amanz / 2022 Kami