Cari @ Amanz

YouTube memperkenalkan dua ciri baharu hari ini yang akan menjadikan pengalaman menonton video menjadi lebih menarik. Mereka memperkenalkan graf di atas talam pemain video yang menunjukkan bahagian video yang kerap kali dimainkan oleh penonton yang lain. Dengan grafik ini penonton dengan mudah boleh melihat bahagian manakah pada video yang popular.

Seterusnya ciri mengulang video berkali-kali dari dalam aplikasi telefon pintar turut diperkenalkan selepas sebelum ini diberikan sebagai ujian kepada segelintir pengguna. Dengan menekan ikon gear pada aplikasi, pilihan Loop Video boleh dipilih untuk memainkan satu video berulang-ulang.

Memandangkan ciri ini masih baharu, tidak semua video di YouTube mempamerkan graf bahagian yang popular pada waktu ini.

[sumbr] Sumber – Google Support [/sumber]

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd