Windows 11 Kini Tersedia Untuk Semua – Sudahkah Anda Kemaskini?

Diterbitkan pada Mei 19, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft kini menyatakan sistem operasi generasi terbaru mereka, Windows 11 telah pun tersedia untuk semua untuk dinaik-taraf.

Untuk makluman, Windows 11 telah ditawarkan sejak tahun lepas, tetapi disediakan secara berperingkat mengikut komputer pengguna.

Windows 11 Laptop

Ketika itu, pengguna perlu melalui proses naik-taraf secara manual, dan perlu nantikan beberapa minggu atau bulan untuk menerima kemaskini secara automatik. Dengan tersedianya secara meluas, kini anda boleh menyemak sokongan komputer anda menggunakan PC Health Check App, dan melakukan naik-taraf pada komputer anda hari ini.

Bagi anda yang menggunakan sistem operasi Windows 10, sudahkah anda menaik-taraf ke Windows 11?

komen


© Amanz / 2022 Kami