IFA 2022 Kembali Pada September 2022 – Akan Turut Disertai Pelbagai Jenama

Diterbitkan pada Mei 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

IFA merupakan salah satu acara tahunan yang memfokuskan kepada produk-produk elektronik untuk pengguna. Selepas “bercuti” disebabkan Covid-19, kini pada tahun 2022, IFA 2022 kembali dan akan berlangsung pada 2 ke 6 September 2022.

IFA mengatakan dua pertiga daripada pempamer telah mengesahkan kehadiran mereka ke acara berkenaan. IFA menyasarkan mmereka akan kembali kepada skala sebesar 2019 pada tahun ini.

Dengan pengumuman ini juga, kita mungkin akan dapat menyaksikan pelancaran sejumlah peranti baharu pada awal September.

Sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang disediakan oleh pelbagai syarikat pada acara IFA 2022 kelak.

komen


© Amanz / 2022 Kami