iPhone 13 Dan iPhone 13 Pro Max Merupakan Telefon Paling Laris Dunia Pada Tiga Bulan Pertama 2022, Diikuti Galaxy A12

Diterbitkan pada Mei 20, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pihak IDC kini telah mengeluarkan data awal, memperlihatkan telefon pintar yang paling laris dijual pada suku pertama 2022 ini. 

Melalui data yang dihimpunkan, Apple merangkul takhta dengan tiga daripada lima telefon yang paling laris di dunia, adalah keluaran mereka.

Menduduki tangga pertama adalah iPhone 13, diikuti dengan iPhone 13 Pro Max pada tangga kedua. Samsung pula ditangga ketiga melalui model telefon Galaxy A12.

Ditangga keempat adalah iPhone 13 Pro, dan diikuti pada tangga ke-5 adalah Galaxy A32.

Senarai yang dikeluarkan IDC ini sekaligus memperlihatkan Apple memegang takhta untuk telefon paling laris pada tiga bulan pertama 2022 ini, sementara Samsung pula dilihat menerajui pasaran melalui telefon berspesifkasi pertengahan mereka.

Apple juga dilihat menjana pendapatan berjumlah $42 bilion melalui tiga model ini, sementara Samsung sekadar menjana $3.6 bilion melalui kedua-dua model teratas ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami