Cari @ Amanz

Di Korea Selatan Samsung Galaxy Buds2 edisi Pokemon telah dilancarkan yang membuatkan kami sedikit iri hati. Ini adalah kerana ia hadir dengan kerangka tambahan yang menjadi TWS ini kelihatan seperti sebuah Pokeball.

Galaxy Buds2 edisi Pokemon ini ditawarkan dalam lima warna untuk TWS dan sebuah kerangka tambahan berbentuk Pokeball dalam warna klasik merah, putih dan hitam. Selain Pokeball, pembeli juga akan menerima 11 pelekat yang memaparkan Pokemon popular Pikachu, Bulbasaur, Charmander, Squirtle, Jigglypuff, Ditto, Dragonite, Lapras, Eevee, Gengar, dan Mew.

i

Pada waktu ini pakej menarik ini hanya ditawarkan di Korea Selatan dengan harga jualan 134,000 Won (~RM463) untuk satu set lengkap.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd