Cari @ Amanz

Vivo S15 Pro Dilancarkan Dengan Dimensity 8100, S15 Pula Menggunakan Snapdragon 870

Link Copied!

Vivo kini hadir dengan dua peranti pintar baharu dengan memperkenalkan S15 dan S15 Pro. Kedua-duanya berkongsi aspek luaran yang sama, tetapi menggunakan perkakasan dalaman yang berbeza. Di China, Vivo S15 dijual bermula RMB2,699 (~RM1,765), sementara itu Vivo S15 Pro pula berharga bermula RMB3,399 (~RM2,223).

Vivo S15 Pro dilengkapi skrin 6.56-inci AMOLED dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 8100, memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman mencapai 256GB. Bateri pula sebesar 4500mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W.

Tri-kamera utama digunakan pada peranti dengan tetapan 50MP dengan OIS + 12MP + 2MP dan kamera hadapan pula sebesar 32MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah menjalankan Origin0S berasaskan Android 12, bluetooth 5.3, port sambungan USB-C dan sebagainya.

Vivo S15 pula menggunakan skrin 6.62-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Kemudian, cip yang digunakan adalah Snapdragon 870 bersama memori sehingga 12 RAM dan storan dalaman mencapai 256GB. Bateri pula sebesar 4500mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W.

Tetapan kamera utama terdiri dengan 64MP + 8MP + 2MP dan kamera hadapan sebesar 32MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah menjalankan Origin0S berasaskan Android 12, bluetooth 5.3, port sambungan USB-C dan sebagainya.


Komen ()