Selain daripada telefon pintar, aksesori audio Vivo turut dikemaskini dengan penawaran baharu. Melaluinya, Vivo TWS Air telah dilancarkan dengan kemampuan beroperasi mencapai 25 jam lamanya. Pada masa sama, ia juga dilengkapi tubuh dengan rekaan fon telinga jenis separa terbuka seakan AirPods.

Untuk lebih khusus, Vivo TWS Air menggunakan pemandu audio sebesar 14.2mm bersama dua mikrofon terbina. Turut melengkapi fon telinga ini adalah teknologi DeepX 2.0 dengan kebolehan audio stereo untuk pengalaman penggunaan lebih baik. Sambungan pantas pula menggunakan bluetooth 5.2, kemudian ia turut sama memuatkan bateri sebesar 420mAh.

Tidak ketinggalan, penarafan kalis air IP54 turut disertakan bagi membolehkannya digunakan ketika bersenam tanpa masalah. Untuk harga, Vivo TWS Air dijual pada RMB199 (~RM130). Terdapat dua pilihan warna yang ditawarkan seperti putih dan hitam.