Mufti Wilayah Persekutuan kini menjawab salah satu pertanyaan ramai, dan mengatakan hukum melakukan transaksi jual-beli secara atas-talian ketika solat jumaat adalah haram.
Ini kerana ia boleh melalaikan seseorang daripada memfokuskan terhadap solat jumaat. Ini juga adalah sama seperti melakukan transaksi jual-beli biasa dan seumpamanya yang boleh melalaikan.
Larangan transaksi ini bermula azan kedua bagi solat jumaat dan imam berada di atas mimbar sebagaimana yang berlaku pada zaman Rasulullah (SAW).
Mufti WP menasihatkan umat Islam menjauhkan diri daripada kesalahan ini dan melakukan transaksi jual beli selepas selesai waktu solat jumaat.
Sumber : Rnggt