Enggan terus berteka-teki, Honor Malaysia kini berkongsi secara terbuka mengenai tarikh pelancaran rasmi Honor Magic 4 Pro. Ia dijadualkan berlangsung pada 1 Jun 2022 dan turut boleh diakses secara atas talian menerusi beberapa platform seperti Facebook, YouTube dan Twitter rasmi Honor Malaysia.

Honor Magic 4 Pro telah dilancarkan terlebih dahulu di acara MWC Barcelona sekitar bulan Februari. Ia merupakan peranti berspesifikasi kelas mercu dengan janaan cip Snapdragon 8 Gen1. Turut melengkapinya adalah skrin 6.81-inci LTPO OLED FHD+ 120Hz, memori 12GB RAM dan storan dalaman 256GB UFS 3.1 dan bateri 4,600mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar dan nirwayar dengan kuasa output mencapai 100W.
Seperti biasa, penawaran lebih lanjut termasuklah harga jualan rasmi peranti bakal terjawab selepas pelancaran rasmi kelak. Sama-sama kita nantikan.