Vivo Y75 sebelum ini telah dilancarkan dengan janaan cip Dimensity 700, sekaligus menjadi sebuah peranti dengan 5G terbina. Ia juga menyertakan beberapa ciri dan fungsi menarik lain seperti kamera utama 50MP, bateri 5000mAh dan sebagainya.
Terbaru, Vivo hadir dengan penawaran baharu untuknya dengan sokongan 4G pula. Ia membawakan skrin sebesar 6.44-inci AMOLED dengan resolusi FHD+. Seterusnya, ia juga dilengkapi cip MediaTek Helio G96, memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri pula sebesar 4050mAh dengan sistem pengecasan pantas 44W.
Kamera utama pula terdiri dengan tetapan 50MP + 8MP + 2MP dan kamera hadapan pula sebesar 44MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah port sambungan USB-C, bluetooth 5.2 dan sebagainya. Untuk harga, Vivo Y75 4G dijual pada INR21,990 (~RM1,245).