Qualcomm hari ini telah melancarkan Snapdragon 8+ Gen 1 secara rasminya, sekaligus menawarkan sejumlah penambah-baikkan berbanding Snapdragon 8 Gen 1 sebelum ini.
Snapdragon 8+ Gen 1 ini hadir dengan sokongan peningkatan GPU 10% lebih tinggi, disamping 30% pengurangan penggunaan tenaga GPU.

Disamping itu, ia juga menawarkan prestasi 10% lebih tinggi. Dari segi penjimatan tenaga pula, Qualcomm mengatakan kini ia menawarkan penggunaan untuk penstriman video 80 minit lebih lama, selain 50 minit pelayaran web lebih lama. Snapdragon 8+ Gen 1 turut hadir dengan sokongan Snapdragon Elite Gaming untuk permua, disamping sokongan ISP sehingga rakaman video 8K HDR.
Ciri lain seperti sokongan rangkaian 5G dan sebagainya turut disertakan pada cip pemprosesan terbaru ini. Qualcomm mengatakan pelbagai telefon pintar menggunakan cip ini akan hadir ke pasaran tidak lama lagi daripada ASUS ROG, Black Shark, HONOR, iQOO, Lenovo, Motorola, Nubia, OnePlus, OPPO, OSOM, realme, RedMagic, Redmi, vivo, Xiaomi, dan ZTE menjelang suku ketiga 2022 ini.

Bersama-sama pengenalan cip ini juga, Snapdragon 7 Gen 1 diperkenalkan yang akan hadir bersama peranti-peranti keluaran Honor, Oppo dan Xiaomi tiadk lama lagi.
Cip ini hadir dengan sokongan GPU 20% lebih baik berbanding Snapdragon 778G, disamping menawarkan sokongan kamera sehingga 200MP, dan prestasi kecerdasan buatan 30% lebih baik.