Cari @ Amanz

Bill Gates kini berkongsi sejumlah soal-jawab bersama orang ramai melalui Reddit, dan turut menjawab salah satu persoalan berkaitan kriptowang.

Bill Gates mengatakan beliau hanya melabur pada perkara-perkara yang mempunyai output bernilai.

Mengulas lanjut, Bill Gates mengatakan nilai syarikat adalah terletak pada bagaimana mereka menghasilkan sesuatu produk yang baik. Sementara untuk kriptowang pula, ia hanya sekadar pada bagaimana orang lain sanggup bayar untuknya – dan tidak mengambil kira nilai kepada masyarakat seperti yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd