Fotografi bukan sekadar hobi yang menarik, tetapi ia juga dianggap sebagai terapi bagi sesetengah pihak. Ada yang mengambil gambar bertujuan untuk simpanan peribadi dan tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai kenang-kenangan. Baik lelaki mahupun wanita, sudah menjadi lumrah manusia sememangnya suka akan hasil tangkapan foto dan rakaman video yang cantik. Sebagai contoh, tangkapan foto anda memaparkan pemandangan sebuah bandar yang bergemerlapan di malam hari.
Kemudian, keindahannya ditambah lagi dengan lampu-lampu yang memancarkan cahaya berwarna-warni. Senang kata, ia sememangnya satu kepuasan untuk diri sendiri. Namun begitu, proses merakam foto dan video ketika waktu malam sememangnya sukar. Bukan apa, kebiasaannya hasilnya boleh dikatakan kurang memuaskan dengan masalah hingar dan colour banding yang amat ketara. Lebih teruk apabila foto tersebut kelihatan blur, gelap sangat, bergoyang dan banyak lagi. Sudah tentu anda akan berasa kurang senang dengannya. Jadi, bagaimana untuk mengatasi permasalahan ini?
OPPO Find X5 Pro 5G Buka Kunci Kreativiti
Caranya mudah dengan hanya menggunakan OPPO Find X5 Pro 5G. Ini adalah peranti pintar baharu daripada OPPO yang bukan sahaja menawarkan tubuh lebih elegan dengan perkakasan dalaman yang seimbang. Sebaliknya, ia turut memfokuskan terhadap kebolehan fotografi tahap profesional. OPPO sememangnya gemar eksperimentasi dan mempunyai daya inovasi yang tinggi. Sama seperti kali ini, OPPO telah mencipta penyelesaian tersendiri dengan membangunkan cip khusus bagi memenuhi keperluan landskap fotografi terutamanya rakaman foto dan video dalam pencahayaan malap.
Cubaan Pertama Membawa Tuah
Dikenali sebagai OPPO Marisilicon X, ia dibina berasaskan rekaan 6nm dengan kemampuan kecerdasan buatan yang cekap. Menarik untuk dikatakan yang mana ia sememangnya membuahkan hasil yang amat baik. Senang kata, setiap gambar dan video yang dirakam pada waktu malam menampakkan hasil yang baik. Dalam masa sama, perincian juga terjaga bersama hingar yang minima.
Bukan itu sahaja, penghasilan semula warna juga tampak lebih ke arah semula jadi, terutamanya untuk tekstur warna kulit manusia. Bagaimana keadaan ini boleh berlaku? Terima kasih kepada teknologi algoritma pengurangan hingar AI yang direka oleh OPPO. Dibantu lagi dengan fungsi HDR terbina. Hasilnya? Video dan gambar yang diambil semestinya bertambah terang dan jelas tanpa sebarang suntingan tambahan.
Secara tidak langsung, keadaan ini turut memudahkan pengguna untuk terus memuat-naik hasil rakaman terus ke media sosial. Ini termasuklah Facebook, Instagram dan sebagainya. Al maklumlah, media sosial dan masyarakat moden hari ini sudah tidak asing lagi. Baik tua mahupun muda, kecil mahupun dewasa. Kesemuanya gemar berkongsi tentang kehidupan seharian menerusi platform berkenaan. Tidak dinafikan dengan adanya OPPO Find X5 Pro 5G, anda boleh menggunakannya untuk mengambil gambar yang berkualiti tinggi berulang kali bagi pelbagai tujuan.
Senario Lebih Ikonik Dengan Hasselblad
Kehebatan pada kamera OPPO Find X5 Pro 5G ditambah lagi dengan penggunaan perisian daripada Hasselblad. Nama Hasselblad sememangnya terkenal dengan kepakaran fotografi yang baik dan OPPO amat berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengannya untuk penawaran sistem kamera pada peranti tersebut. Melaluinya, OPPO akan terus komited untuk mencipta pengalaman fotografi bertaraf profesional menerusi sebuah peranti pintar.
Salah satu mod fotografi menarik terbina yang diketengahkan oleh OPPO dan Hasselblad melalui Find X5 Pro 5G adalah XPan Mode. Ianya unik, di mana ianya memberi kelebihan kepada anda untuk menghasilkan visual yang kreatif dengan mencipta semula pengalaman klasik kamera Hasselblad XPan unik dalam sebuah telefon pintar. Foto yang diambil dengannya akan mempunyai nisbah aspek yang luas sama seperti sebuah kamera klasik Hasselblad XPan asal. Ia akan menghasilkan gambar panorama yang cukup sinematik.
Secara lalai, ia akan memaparkan mod berwarna, tetapi anda boleh mengubahnya ke mod monokrom sekiranya mahu. Dalam masa sama, anda juga boleh melaras tetapan untuk dedahan cahaya secara manual. Kemudian, mod warnanya juga telah dioptimumkan dengan baik oleh Hasselblad bagi penghasilan lebih realistik. Tidak kiralah sama ada digunakan untuk fotografi potret, jalanan mahupun seni bina. Bagaimana untuk mengakses?
- Langkah 1 : Buka aplikasi kamera, kemudian klik pada More.
- Langkah 2 : Klik pada mod XPAN & pilih sama ada mahu menggunakan mod monokrom atau berwarna.
- Langkah 3 : Sebagai tambahan, anda juga boleh melaras tahap dedahan cahaya mengikut kesesuaian sekiranya mahu.
- Langkah 4 : Klik butang shutter & tunggu sehingga gambar selesai ditangkap.
Cipta Detik Indah Fotografi
Dengan kerjasama ini juga OPPO Find X5 Pro 5G turut hadir dengan beberapa “Master Style” penuras menarik terbina yang boleh dianggap sesuai untuk pelbagai senario pengguna. Ianya terdiri dengan Radiance, Serenity dan Emerald. Anda boleh melihat hasil tangkapan menggunakan kesemua penuras tersebut pada gambar-gambar yang disertakan di bawah:
Bagi yang berminat, OPPO Find X5 Pro 5G ditawarkan di Malaysia pada harga RM4999 dengan variasi 12GB + 256GB. Terdapat dua pilihan warna yang disediakan seperti Glaze Black dan Ceramic White. Kesemua warna ini sememangnya menampakkan si pengguna tampil elegan, cantik dan menawan. Untuk ketahui lebih lanjut mengenai penawaran dan promosi menarik daripada OPPO, jangan lupa layari laman web rasmi OPPO Malaysia.
Penafian: Advertorial dari OPPO Malaysia