Cari @ Amanz

Apple kini dilaporkan telah meminta beberapa pengeluar mereka untuk meningkatkan pengeluaran di luar China. Salah satu sebabnya adalah disebabkan oleh perintah kawalan pergerakan di China yang agak ketat dalam mengekang penularan Covid-19.

Buat masa ini, antara negara berpotensi untuk melihat pemindahan pengeluaran ini adalah ke India dan juga Vietnam. Apple juga sebelum ini mengeluarkan Mac Studio terbaru mereka di Malaysia.

Pada hari ini, lebih 90% produk Apple dikeluarkan di China. Apple sebelum ini sedia menyasarkan memindahkan sejumlah pengeluaran secara berperingkat ke lokasi lain – termasuk ke Amerika Syarikat.

Apa pun, pada hari ini, China masih mempunyai kelebihan dari segi ekosistem pengeluaran dan juga kos yang rendah untuk tujuan berkenaan.

Disamping itu, China sendiri mempunyai angka pengguna yang tinggi. Hampir satu perlima produk Apple dipasarkan di sana.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd