WhatsApp Akan Berhenti Beroperasi Pada Peranti iOS 10 dan 11 Bermula 24 Oktober

Diterbitkan pada Mei 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kepada pengguna iPhone yang masih lagi menjalankan sistem operasi iOS 10 dan iOS 11, ada sedikit berita buruk bagi anda pagi ini. Menurut WABetaInfo, sokongan untuk dua sistem operasi ini tidak lagi akan diteruskan bermula 24 Oktober hadapan.

Hanya peranti peranti iOS 12 dan ke atas sahaja akan disokong selepas tarikh tersebut. Antara peranti yang bakal terjejas ialah iPhone 5 dan iPhone 5C yang dilancarkan hampir 10 tahun yang lalu. Untuk terus menggunakan WhatsApp pemilik peranti vintaj ini perlu membeli peranti baharu. Bagi pengguna Android pula, WhatsApp akan terus disokong pada peranti dengan Android 4.1 Jelly Bean dan ke atas.

komen


© Amanz / 2022 Kami