Carian
Apple Akan Mengemaskini Final Cut Pro Supaya Ia lebih Serasi Digunakan Produksi Profesional
May 23, 2022 Effi Saharudin

Pengguna Mac sering mengatakan Final Cut Pro (FCP) ialah perisian suntingan video yang tebaik. Kepopularannya meletus sejak kebelakangan ini kerana ia digunakan oleh pengkarya di YouTube dan media sosial. Tetapi penggunaannya masih terhad di kalangan syarikat produksi profesional kerana FCP tidak mempunyai pelbagai ciri yang diperlukan oleh industri berbanding Avid dan Premiere Pro.

Sebuah surat terbuka telah diterbitkan pengguna FCP profesional kepada Apple bagi memastikan sokongan industri yang lebih baik diberikan. Apple telah mengeluarkan maklum balas rasmi kepada surat terbuku ini dengan beberapa jaminan.

Mereka akan menubuhkan panel yang terdiri daripada pakar dalam industri bagi memberikan konsultasi pada musim panas akan datang. Produk latihan turut akan diberikan dengan sijil rasmi dari Apple. Turut akan dipertingkatkan ialah mengadakan bengkel untuk pengkarya filem dan siri TV.

Komen