Cari @ Amanz

Harga Apple Music Untuk Pelajar Meningkat Ke RM8.90 Daripada RM6.90

Link Copied!

Apple Music adalah platfrom penstriman muzik yang cukup baik. Bukan itu sahaja, ia juga adalah antara dengan nilai terbaik untuk dilanggan kerana dengan mana-mana pelan langganan muzik berkualiti tinggi dengan format nirhilang turut ditawarkan. Berbanding platform lain, penstriman kualiti nirhilang perlu melanggan pelan berbeza yang lebih mahal.

Sejak tahun 2018, Apple Music turut ditawarkan untuk para pelajar pada harga RM6.90. Kemudian selepas Apple TV+ dilancarkan, Apple menyertakan sekali akses ke platform penstriman video ini secara percuma untuk tempoh terhad.

Terkini, harga langganan Apple Music untuk pelajar telah meningkat kepada RM8.90 iaitu RM2 lebih mahal berbanding sebelum ini. Akses percuma Apple Music masih diberikan oleh Apple. Bagi mereka yang berminat, akaun Apple ID untuk pendaftaran Apple Music ini perlu disahkan melalui UNiDAYS untuk pengesahan alamat emel pelajar masih aktif dan kolej atau universiti berdaftar dengan Apple.


Komen ()