Carian
Meizu Blus Air TWS Dilancarkan Dengan Bateri Hingga 25 Jam
May 23, 2022 Amy Maizuraa

Selain daripada peranti pintar, Meizu juga terkenal dengan penawaran aksesori audio tersendiri. Terkini, mereka hadir dengan Meizu Blus Air TWS yang merupakan set fon telinga nirwayar dengan rekaan separa terbuka dan pod pengecasan berbentuk bujur. Untuk harga, Meizu Blus Air TWS dijual di China pada RMB159 (~RM104).

Sepasang pemandu audio bersaiz 12mm digunakan dengan gabungan dwi-mikrofon terbina. Seterusnya, ia turut disertakan dengan kebolehan Ambience Mode yang membenarkan audio dari luar didengari tanpa fon telinga ditanggalkan. Turut melengkapi fon telinga ini adalah sistem pembatalan hingar elektronik (ENC) dan mod latensi rendah 50ms untuk pengalaman penggunaan lebih baik.

Tambatan pantas adalah menerusi Bluetooth 5.2 dan bateri yang disertakan mempunyai ketahanan sehingga 25 jam lamanya. Tidak ketinggalan, ia turut melepasi piawaian kalis air IPX5 yang membolehkannya digunakan sewaktu bersenam.

Komen