Cari @ Amanz

MediaTek kini hadir dengan penawaran baharu menerusi pengenalan MediaTek Dimensity 1050. Ia merupakan cip pemprosesan yang menawarkan sambungan untuk mmWave dan sub-6GHz 5G.

Ini bermakna, syarikat telekomunikasi boleh memilih untuk menyokong salah satu dengan kelajuan sehingga 53% lebih laju berbanding cip dengan sokongan LTE dan mmWave. Ia juga menyokong antena 2×2 MIMO dan WiFi 6E untuk sambungan WiFi berkali ganda stabil dan pantas.

Seterusnya, ia adalah cip berteknologi 6nm yang menggunakan binaan lapan teras dan mempunyai dua CPU ARM Cortex A78 pada kelajuan 2.5GHz. Buat masa ini, MediaTek tidak pula menyatakan secara khusus mengenai gabungan kesemua CPU, tetapi ia dikatakan mungkin menggunakan 6 X CPU Cortex-A55. GPU yang digunakan pula adalah ARM Mali-G610 di samping turut menyokong suite HyperEngine 5.0 MediaTek sebagai ciri tambahan untuk prestasi permainan yang lebih baik.

Kemudian, ia turut menyokong skrin sehingga FHD+ dengan kadar segar semula mencapai 144Hz. Di samping, beberapa ciri tambahan lain seperti penyahkodan video AV1, kebolehan HDR10+ dan Dolby Vision. MediaTek memaklumkan yang mana peranti yang dikuasakan dengan cip pemprosesan ini dijangka tiba pada Q3 2022.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd