Pada dekad 60an “Raksasa Laut Kaspia” mengejutkan apabila gambarnya berjaya diambil ketika misi intipan oleh CIA. Pesawat dalam kategori ekranoplan ini dibangunkan Kesatuan Soviet bagi melancarkan serangan peluru berpandu dari laut dengan ia bergerak lebih pantas berbanding sebuah kapal perang. Tetapi projek dihentikan kerana teknologi peluru berpandu balistik semakin baik menjadikan ekranoplan tidak lagi diperlukan.
Sejak sedekad yang lalu terdapat perancangan untuk membangunkan semula ekranoplan moden bagi keperluan kargo. DARPA minggu lalu telah mengumumkan projek Liberty Lifter bagi keperluan strategik kargo strategik ketenteraan Amerika Syarikat.

Tiga keperluan utama Liberty Lifter ialah kemampuan terapung rendah di atas atas permukaan laut pada kelajuan yang juga rendah. Dengan ini isu kerosakan berlaku jika ekranoplan melanggar ombak dapat dielakkan. Pesawat juga perlu boleh beroperasi selama berminggu-minggu di permukaan laut tanpa perlu menjalani penyelenggaraan di darat. Akhir sekali ialah pesawat perlu mementingkan pengurangan kos dengan ia perlu lebih mampu milik berbanding teknologi aeronautik biasa.