Android Pada Windows Subsystem Kini Menggunakan Android 12.1 – Lebih Mesra Skrin Besar

Diterbitkan pada Mei 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Semasa Windows 11 diperkenalkan, antara ciri paling menarik adalah sokongan aplikasi Android yang terus diintegrasikan dalam Windows. Ia adalah seakan pelagak seperti Bluestack, tetapi dibina agar kelihatan seperti sokongan aplikasi natif.

Sistem ini digelar Windows Subsystem for Android, yang mana membolehkan pengguna memasang aplikasi Android melalui Microsoft Store dengan kerjasama bersama Amazon atau juga melalui fail APK. Dalam kemaskini Insider terkini, Windows 11 telah mula menggunakan Android 12.1 sebagai asas untuk menjalankan aplikasi Android.

Bagi yang tidak tahu, Android 12.1 adalah nama lain untuk Android 12L iaitu versi Android yang memfokuskan kepada skrin lebih besar, skrin boleh lipat dan mulit-tugasan. Ini membolehkan aplikasi Android yang berjalan atas Windows 11 menjadi lebih lancar dengan sokongan kawalan yang lebih baik.

Apabila ada aplikasi Android dijalankan, ia akan kelihatan seakan aplikasi Windows. Manakala jika ada aplikasi mengakses mikrofon, kamera atau lokasi ia turut akan dipaparkan pada taskbar. Sokongan aplikasi kamera juga dikatakan semakin baik dengan versi ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami