Set Kepala AR Apple Dilaporkan Mempunyai 14 Kamera Dan Jony Ives Masih Terlibat Dengan Rekaan

Diterbitkan pada Mei 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Produk terbaru Apple dalam kategori baru adalah set kepala realiti terimbuh (AR). Dalam laporan lepas, set kepala ini dikatakan dijana dengan cip Apple M1.

Dalam laporan terkini, set kepala AR dan VR Apple ini dikatakan akan mempunyai empat belas kamera terbina untuk avatar pengguna mempunyai pergerakan dan ekspresi wajah yang realistik.

Selain itu, Jony Ives turut dikatakan masih terlibat dengan rekaan set kepala ini. Beliau dikatakan menjadi perunding rekaan untuk mengintegrasikan empat kamera, bateri serta rekaan untuk menjadikan produk ini ergonomik.

Rekaan asal set kepala ini adalah bateri diletakkan dalam angkup kepala, namun Jony Ives inginkan rekaan bateri asing dengan set kepala mempunyai wayar terus ke bateri. Kemudian ia dijangka akan dijana dengan dua cip, satu dengan cip setaraf Apple M2 dan satu lagi khusus untuk mengurangkan masalah sela masa.

Produk ini juga adalah produk tersendiri tanpa perlu bergantung atau boleh disambungkan dengan peranti lain.

komen


© Amanz / 2022 Kami