Teknologi swapandu semakin matang dengan ia digunakan dalam jumlah terhad pada kereta di jalan raya sekarang. Dalam sektor ketenteraan penggunaan teknologi lebih maju membolehkan dron melakukan pemantauan menggantikan juruterbang manusia. Sebagai negara yang ingin menjadi kuasa besar dunia, China kini melancarkan pula sebuah kapal induk swalayar dengan kemampuan melancarkan pelbagai kenderaan swapandu yang lain.

Kapal Zhu Hai Yun mula dibina pada Julai tahun lalu di limbungan kapal Huangpu Wenching. Dengan badan kapal siap dibina, ia dilancarkan pula pada 20 Mei lalu menjadikannya kapal pertama dengan kemampuan yang unik ini.

Dron swaterbang, kapal selam swalayar dan bot kecil swalayar boleh dilancarkan sendiri oleh Zhu Hai Yun apabila ia beroperasi kelak. Setiap satu sentiasa berhubungan antara satu sama lain untuk menjalan tugas. Apabila usai melakukan misi, ia boleh diangkut semula oleh kapal induk.
Kapal seberat 2000 tahun ini mampu bergerak pada kelajuan 18 knot apabila beroperasi menjelang penghujung 2022 selepas melepasi sesi ujian. Menurut laporan SCMP, Zhu Hai Yun akan melakukan misi saintifik laut dan bukan sebuah kapal perang.