Oppo Enco R Dilancarkan Dengan Bateri Hingga 20 Jam

Diterbitkan pada Mei 24, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oppo kini hadir dengan aksesori audio baharu dinamakan sebagai Oppo Enco R. Ia merupakan set fon telingan mampu milik yang lengkap dengan rekaan jenis separa terbuka bertangkai. Kemudian, ia juga dipadankan dengan pod pengecasan berbentuk bujur.

Untuk spesifikasi, ia hadir dengan sepasan pemandu audio sebesar 13.4mm dan menggunakan codec AAC serta SBC. Tiada sokongan untuk pembatalan hingar aktif, tetapi ia menggunakan kemampuan AI untuk menapis bunyi bising persekitaran. Bateri yang disertakan mampu bertahan sehingga 4 jam, seterusnya meningkat kepada 20 jam dengan bantuan pod pengecas.

Lain-lain spesifikasi termasuklah melepasi penawaran kalis aiar IPX4 dan menyokong Bluetooth 5.2. Untuk harga, Oppo Enco R dijual di China pada RMB299 (~RM197).

komen


© Amanz / 2022 Kami