Cari @ Amanz

Google Assistant Kini Boleh Membantu Pengguna Mengubah Kata Laluan Pada Laman Web Terpilih

Link Copied!

Dalam Android, terdapat pengurus kata laluan terbina yang boleh menyimpan nama pengguna dan kata laluan. Pengguna bebas untuk melihat apa yang tersimpan dan ia turut menyokong log masuk secara automatik.

Pengurus kata laluan ini turut sedia terbina dalam pelayar web Chrome, jika ada laman web yang memerlukan log masuk – ciri ini akan membantu pengguna. Terkini, pengurus kata laluan ini dibina terus dalam Google Assistant.

Dalam kemaskini Google Play Services v22.18, jika pengguna melayari web melalui Chrome dan sistem mengesan ada pencerobohan kata laluan – akan ada tetingkap meminta anda untuk menukar kata laluan secara automatik dengan menggunakan Google Assistant.

Selepas ditekan, Google Assistant akan membawa pengguna ke laman tetapan akaun laman web tadi dan akan membantu pengguna untuk ubah kata laluan. Ciri ini walau bagaimanapun tidak menyokong pada semua laman web dan hanya pada laman web terpilih sahaja.

Dalam tetapan Google Assistant juga tiada pilihan untuk aktifkan ciri ini. Ini adalah ciri yang agak menarik dan akan membantu ramai orang. Tetapi jika ianya terhad, masih ada banyak pengurus kata laluan yang boleh digunakan.


Komen ()