Cari @ Amanz

Vivo T2 Hadir Dengan Snapdragon 870, Pengecasan Pantas 80W

Link Copied!

Menurut Vivo, siri T memberi fokus terhadap prestasi untuk pengalaman permua yang baik dalam sebuah peranti mampu milik. Terkini, mereka dilihat bakal hadir dengan kemas kini baharu untuk siri berkenaan menerusi Vivo T2.

Untuk spesifikasi, ia hadir dengan skrin sebesar 6.62-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Snapdragon 870, memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman 256GB (UFS 3.1). Bateri pula sebesar 4700 yang menyokong sistem pengecasan pantas 80W.

Kamera utama terdiri dengan tetapan 64MP (OIS) + 8MP + 2MP, sementara itu kamera hadapan pula sebesar 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah pengimbas cap jari pada skrin, menjalankan OriginOS berasaskan Android 12, bluetooth 5.2 dan banyak lagi.

Buat masa ini, peranti dilihat sekadar disenaraikan menerusi laman rasmi Vivo China tanpa perkongsian lanjut mengenai harga jualan.


Komen ()