LG Innotek adalah syarikat yang sepatutnya pembekal kamera swafoto untuk iPhone 15. Ini adalah berbeza dengan sebelum ini, di mana Apple menggunakan bekalan daripada pembekal China dan Sharp.
Namun disebabkan ada masalah untuk membekalkan kamera swafoto iPhone 14, Apple terpaksa mempercepatkan produksi dengan terus menempah kamera daripada LG Innotek. Ini secara tidak langsung meningkatkan lagi kos, di mana dilaporkan mencapai tiga kali ganda daripada harga biasa.
Antara masalah yang dihadapi adalah kualiti kamera yang tidak menepati kehendak Apple, menjadikan produksi kamera tunda dan memakan masa. Walaupun LG Innotek bangga menjadi pembekal Apple, pertama kali mewakili Korea Selatan – mereka masih akan bekerjasama dengan Sharp.
Kebanyakan komponen kamera LG Innotek juga dihasilkan sendiri dan tidak bergantung kepada syarikat lain. LG Innotek juga sekarang sedang dalam proses mempercepatkan produksi dalam skala besar.