Cari @ Amanz

Sejak Januari lalu, TikTok dikatakan akan hadir dengan pelan langganan khusus untuk para pengguna. Dengan pelan langganan ini pengguna boleh membayar sesuatu akaun untuk mengakses sesuatu kandungan.

Terkini, TikTok telah mengumumkan secara rasmi yang pelan langganan mereka akan dilancarkan bermula 26 Mei 2022 ini. Pengguna boleh melanggan pencipta kandungan terpilih yang melakukan siaran langsung.

Dengan langganan ini, pengguna boleh menyertai ruangan sembang eksklusif untuk antara pelanggan sahaja, menerima emoji tersuai, lencana dan banyak lagi. Pelanggan turut mempunyai kebolehan mengawal kamera pencipta kandungan, dan lencana tadi turut akan dikemaskini jika pengguna kekal melanggan pada jangka masa lebih panjang.

Pencipta kandungan turut boleh mengubahsuai ruangan siaran langsung mereka, emoji sendiri dan pelbagai lagi. Buat masa ini, hanya pencipta kandungan terpilih sahaja boleh menggunakan ciri ini untuk menarik hati pengikut dan peminat mereka sambil menjana lebih pendapatan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd