Realme Pad X adalah model kemaskini untuk tablet keluaran Realme. Ia bakal dilancarkan di China pada 26 Mei 2022. Rekaanya juga telah diperlihatkan dalam poster pelancaran sebelum ini. Lebih menariknya, ia turut didatangkan dengan sokongan untuk stylus untuk kali ini.
Bercakap lebih lanjut mengenainya, beberapa spesifikasi utama pada tablet telah mula dikongsi. Realme Pad X akan menggunakan skrin sebesar 11-inci dengan resolusi 2K dan nisbah skrin-ke-badan mencapai 84.6%. Jelas kelihatan, ia membawakan penambah-baikan berbanding pendahulunya iaitu Realme Pad dan Realme Pad Mini yang hanya dibekalkan skrin HD+.
Seterusnya, Realme Pad X juga akan dibekalkan dengan bateri sebesar 8,340mAh. Sistem pengecasan yang disokong pula mempunyai kuasa output sehingga 33W. Tidak ketinggalan, empat pembesar suara dengan sokongan Dolby Atmos turut disertakan untuk pengalaman audio lebih imersif.
Ini sahaja maklumat mengenai tablet baharu Realme yang dikongsikan setakat ini. Penawaran lanjut akan diketahui selepas ia dilancarkan secara rasmi kelak. Sama-sama kita nantikan.