Carian
Xiaomi Mi TV ES Pro 86″ Dilancarkan – Sokong Skrin Dengan Kadar Segar Semula 120Hz
May 24, 2022 Amy Maizuraa

Xiaomi bukan sahaja terkenal dengan penawaran peranti pintar, tetapi mereka juga hadir dengan sejumlah televisyen pintar yang tersendiri. Setiap satu daripadanya didatangkan dengan ciri dan fungsi menarik berlainan bagi menjadikan ia mempunyai nilai yang tersendiri.

Terbaru, Xiaomi Mi TV ES Pro 86″ telah dilancarkan di China. Seperti namanya, ia dilengkapi skrin sebesar 86-inci dengan resolusi 3840 X 2160 piksel dan kadar segar semula 120Hz untuk kandungan lebih berkualiti. Beberapa ciri tambahan lain yang turut disokong termasuklah nisbah skrin-ke-badan mencapai 94.3%, gamut warna DCI-P3 94% dan sensor cahaya yang mampu menyesuaikan kecerahan skrin secara automatik bergantung pada persekitaran.

Seterusnya, cip pemprosesan empat teras digunakan dengan padanan memori 4GB RAM dan storan dalaman 64GB. Ia juga menjalankan sistem operasi MIUI TV dan sokongan untuk pembantu maya Xiao AI menerusi alat kawalan jauh. Turut melengkapinya, sistem pembesar suara lapan unit dengan output 15 W dan sokongan Dolby Audio. Pilihan input pula HDMI 2.1, 2 X HDMI 2.0, 2 X USB, Input AV, S/PDIF, Antena dan kabel rangkaian.

Untuk harga, Xiaomi Mi TV ES Pro 86″ dijual di China pada RMB8,499 (~RM5,596).

Komen