Cari @ Amanz

Google Play Store adalah gedung aplikasi untuk pengguna Android memuat turun pelbagai aplikasi. Untuk telefon dan tablet gedung aplikasi ini mempunyai aplikasi tersendiri dengan antaramuka yang bersesuaian.

Bagi yang tidak tahu, Play Store turut ada versi web yang membolehkan pengguna muat turun dan pilih peranti mana sesuatu aplikasi itu ingin dipasang. Masalah versi web ini adalah, ia menggunakan rekaan sama yang boleh dikatakan lapuk sejak bertahun lamanya.

Rekaan Lama

Walaupun Android telah hadir dengan versi 13, ada format rekaan Material You dan penggunaan warna baharu – hanya Play Store kekal dengan rekaan lapuk ini sementara aplikasi kalendar, Drive dan banyak lagi sudah hadir dengan rekaan baharu.

Rekaan Baharu

Akhirnya kini, Play Store pada web menggunakan rekaan serba baharu. Jika dilihat dengan teliti, elemen rekaan adalah sama dengan versi aplikasi. Reka letaknya pula adalah mirip Play Store pada Tablet. Tangkapan layar yang sumber kongsi jika dilihat sedap mata memandang berbanding dengan versi lama.

Buat masa ini, ia masih lagi diedarkan secara berperingkat. Tidak semua pengguna di Malaysia boleh melihat rekaan baharu ini. Anda bagaimana, sudah dapat atau belum?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd