Carian
Redmi Note 11T Pro+ Dan 11T Pro Dilancarkan Dengan Skrin 144Hz Serta Dimensity 8100
May 24, 2022 Effi Saharudin

Redmi Note 11T Pro+ dan 11T Pro telah dilancarkan di China hari ini masing-masing dengan cip Dimnesity 8100. Walaupun nama berbeza., kedua-duanya berkongsi beberapa spesifikasi yang sebenarnya hampir sama.

Kita mulakan dengan Redmi Note 11T Pro+ dahulu sebagai model yang lebih mereka. Skrin 6.6″ IPS LCD FHD+ dengan kadar segar semula 144Hz diberikan bersama sokongan Dolby Vision. Ini kemudiannya dipadankan dengan cip Dimensity 8100, memori sehingga 8GB RAM LPDDR5, storan sehingga 512GB UFS 3.1 dan bateri pula sebesar 4400 mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W menerusi port USB-C.

Sistem kamera utama pula hadir dengan lensa sudut lebar 64MP, sudut ultra lebar 8MP dan kedalaman pula 2MP. Kamera swafoto pula sebesar 16MP yang diletakkan dalam sebuah lubang kamera. Kemampuan rakaman video sehingga 4K 30FPS boleh dilakukan oleh peranti.

WiFi 6 dan rangkaian 5G disokong oleh peranti menerus dwi-SIM nano. Sementara itu tambatan bluetooth 5.3 turut disertakan sekali yang sebenarnya masih baru diperkenalkan pada telefon mudah alih. Masih juga terdapat bicu audio 3.5mm dan Dolby Atmos menerusi speaker stereo. Tambah menarik peranti melepasi piawaian kalis air IP53.

Sementara itu Redmi Note 11T Pro pula mempunyai ciri yang sama cuma storan hanya sehingga 256GB dan bateri pula lebih besar 5080 mAh tetapi sekadar menyokong pengecasan sehingga 67W sahaja.

Di China harga jualan untuk Redmi Note 11T Pro+ bermula dari RMB 1999 (~RM 1317) untuk model 8/128GB manakala Redmi Note 11T Pro pula dijual pada harga bermula RMB 1699 (~RM 1119) untuk model 6/128GB.

Komen