Redmi Note 11 SE dilancarkan serentak dengan Redmi 11T Pro+ dan 11T Pro sebentar tadi. Ia adalah model dengan spesifikasi yang lebih rendah serta ditawarkan pada harga yang lebih mampu milik.
Peranti dilengkapi skrin 6.5″ LCD FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Cip Dimensity 700 dipandkan dengan memori sehingga 8GB RAM LPDDR4x, storan 128GB UFS 2.2 dan bateri 5000 mAh yang menyokong pengecasan 18W sahaja menerusi port USB-C.
Kamera utama di belakang menggabungkan pula sensor 48MP sudut lebar dan 2MP kedalaman. Sementara itu di hadapan pula ia menggunakan sensor 8MP. Kemampuan rakaman kamera dihadkan ke 1080P 30FPS sahaja.
Terdapat pengimbas cap jari sisi terbina pada butang kuasa. Sebuah bicu audio 3.5mm diletakkan di atas tetapi speaker adalah mono sahaja. Rangkaian 5G boleh digunakan bersama WiFi 5GHz. Sementara itu sistem operasi yang digunakan adalah MIUI 12 yang masih berasaskan Android 11.
Di China Redmi Note 11 SE ditawarkan pada harga RMB 1099 (~RM724) untuk model 4/128GB dan RMB 1399 (~RM921) untuk model 8/128GB.