Redmi Note 11T Pro+ Edisi Terhad Astro Boy Turut Diumumkan Dengan Rekaan Menarik

Diterbitkan pada Mei 24, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Redmi Note 11T Pro+ Astro Boy Limited Edition ialah model edisi khas yang turut ditawarkan sekali dengan model asal. Dari segi spesifikasi tiada perubahan dilakukan dengan kenunikan terletak pada rekaan panel belakang, tema antaramuka, kerangka, kotak dan pelekat yang diberikan dengan setiap pembelian.

Panel belakang mempunyai ilustrasi Astro Boy yang merupakan manga serta siri anime terkemuka oleh Ozamu Tezuka. Keseluruhan tubuh peranti berwarna perak dengan sebuah kerangka tahan lasak juga berwarna perak diberikan sekali. Pembeli turut akan menerima koleksi pelekat dan kotak dengan tema robot ini. Sebagai tambahan tema khas Astro Boy juga terpasang pada peranti.

Ia masih lagi dilengkapi skrin 6.6″ IPS LCD FHD+ dengan kadar segar semula 144Hz diberikan bersama sokongan Dolby Vision, cip Dimensity 8100, memori 8GB RAM LPDDR5, storan 256GB UFS 3.1 dan bateri pula sebesar 4400 mAh yang menyokong pengecasan pantas 120W menerusi port USB-C.

Sistem kamera utama pula hadir dengan lensa sudut lebar 64MP, sudut ultra lebar 8MP dan kedalaman pula 2MP. Kamera swafoto pula sebesar 16MP yang diletakkan dalam sebuah lubang kamera. Di China Redmi Note 11T Pro+ Astro Boy Limited Edition dijual pada harga RMB 2499 (~RM 1646) sebuah.

komen


© Amanz / 2022 Kami