Samsung Akan Melabur Lebih RM1.57 Trilion Dalam Pengeluaran Cip, Bioteknologi Dan AI

Diterbitkan pada Mei 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung kini mengumumkan mereka akan melabur sejumlah 450 trilion won, atau sekitar RM1.57 trilion untuk tempoh masa 5 tahun akan datang – dan memfokuskan kepada sejumlah area, termasuk semikonduktor, bioteknologi dan juga kecerdasan buatan. Sejumlah besar, sekitar 80% pelaburan akan dilakukan di Korea Selatan.

Bendera Samsung

Samsung merupakan antara peneraju dalam arena cip pemprosesan pada hari ini, dan dengan fokus utuk pengeluaran cip 3nm, dan sebagainya, mereka akan melakukan pelaburan dalam arena ini. Apatah lagi, dengan perkembangan teknologi yang kini memerlukan lebih banyak cip pemprosesan dari hari ke hari – meliputi pada peranti boleh-pakai, peranti berhubung, telefon, automotif dan sebagainya.

Disamping itu, cip pemprosesan juga diperlukan dalam pembangunan rangkaian, termasuk rangkaian 6G akan datang.

Samsung juga akan melabur sejumlah wang dalam arena bioteknologi dan kesihatan. Selain itu, arena kecerdasan buatan juga tidak ketinggalan dan akan terus diceburi oleh Samsung.

Pelaburan ini juga dijangka akan membentuk sekitar 1 juta pekerjaan dalam tempoh beberapa tahun akan datang. 

komen


© Amanz / 2022 Kami