Xiaomi Band 7 Kini Rasmi Dengan Pemantauan Oksigen Dalam Darah Sepanjang Hari

Diterbitkan pada Mei 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Xiaomi kini telah memperkenalkan gelang tangan pintar generasi baharu mereka, Mi Band 7.

Seperti generasi sebelum-sebelum ini, ia menawarkan rekaan skrin yang memanjang dan bujur, dan disertakan dengan rekaan gelang yang selesa dan mudah dipakai pada tangan.

Xiaomi Band 7 hadir dengan skrin 1.62-inci menggunakan panel AMOLED berwarna. Ini sekaligus memudahkan anda melihat skrin pada pelbagai keadaan cahaya – termasuk ketika sedang bersenam di luar.

Xiaomi Band 7 turut meyertakan sensor denyutan nadi, dan kini turut membolehkan anda memantau keadaan oksigen dalam darah sepanjang hari. Amaran akan dikeluarkan dalam bentuk gegaran apabila kadar oksigen dalam darah SpO2 kurang daripada 90%.

Disamping itu, ciri popular seperti pemantauan corak tidur, pengurusan sukan melalui pelbagai mod berbeza, dan pemantauan tekanan turut disertakan pada Xiaomi Band 7 ini.

Rekaan antaramuka pada sistem juga diberikan sedikit nafas baharu, dan memaparkan lebih banyak informasi pada halaman skrin utama. Xiaomi menjanjikan masa penggunaan selama 14 hari melalui gelang tangan pintar ini.

Buat masa ini, ia hanya diumumkan di China sahaja, dengan harga bermula 249 Yuan, iaitu sekitar RM164.

komen


© Amanz / 2022 Kami