Insta360 Sphere Ialah Kamera 360 Darjah Yang Direka Khusus Untuk Dron

Diterbitkan pada Mei 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Insta360 mengeluarkan kamera aksi dengan kemampuan rakaman 360 darjah. Semalam mereka telah melancarkan kamera terkini mereka Insta360 Sphere yang buat pertama kalinya direka khusus untuk digunakan oleh dron Mavic Air 2 dan 2S.

Kamera dipasang terus pada tubuh dron tanpa kamera terbina dron tersebut ditanggalkan atau terhalang. Cagak direka khas bagi memastikan ia tidak menghalang antena GPS yang diletakkan pada bahagian atas dron. Untuk mengelakkan kerosakan pada lensa kamera, pelindung turut disertakan dengan setiap pembelian.

Ia boleh merakam video 360 darjah pada tetapan 5.7K dengan kemampuan melakukan rakaman video berterusan sehingga 48 minit. Rakaman gambar statik turut boleh dilakukan sekiranya diperlukan. Bateri sebesar 1050 mAh dapat dicas semula dalam masa 100 minit.

Sistem penstabilan imej FlowState dengan giroskop 6 paksi memastikan video yang diambil tidak mempunyai masalah getaran. Insta360 Sphere dijual pada harga $430 (~RM1888) sebuah.

komen


© Amanz / 2022 Kami