Amazfit T-Rex 2 Dilancarkan Dengan Bateri Hingga 45 Hari Dan Tubuh Tahan Lasak

Diterbitkan pada Mei 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Amazfit T-Rex 2 merupakan seutas jam yang tahan lasak ranggi dan lengkap dengan pelbagai fungsi yang berguna. Ia hadir dengan kemasan pusam bersama tali silikon antibakteria yang mesra kulit dan serap peluh. Ini bagi memastikan ia selesa digunakan dalam apa juga keadaan sekalipun.

Untuk spesifikasi, ia menggunakan muka jam berbentuk bulat bersaiz 1.39-inci AMOLED dengan resolusi 454 x 454 piksel dan kepadatan piksel 326ppi. Seterusnya, ciri pemantauan kesihatan seperti kadar degupan jantung, SpO2, paras tekanan setiap hari dan sebagainya turut disokong olehnya. Kemudian, lebih daripada 150 mod sukan terbina dengan kebolehan mengesan aktiviti secara automatik turut disertakan untuk kemudahan pengguna.

Kapasiti bateri 500mAh yang digunakan boleh menyajikan penggunaan sehingga 24 hari (mod biasa), 45 hari (mod penjimatan bateri) dan 10 hari (mod ekstrem). Tidak ketinggalan, jam tangan ini turut melepasi penarafan kalis air 10ATM, dilengkapi GPS, sistem penilaian kesihan PAI dan bluetooth 5.0.

Untuk harga, jam tangan ini dijual pada $229.99 (~RM1,010) dengan empat pilihan warna menarik seperti Astro Black, Ember Black, Wild Green dan Desert Khaki.

komen


© Amanz / 2022 Kami