Kecerdasan buatan bukan lagi fiksyen sains dengan ia kini digunakan tanpa disedari oleh kita semua di latar belakang. Kemampuannya meningkat berlipat ganda dibantu oleh kajian terkini, penggunaan data yang lebih baik dan cip pemprosesan yang lebih berkuasa. Di Google, penyelidik sudah membangunkan kecerdasan buatan terkini yang boleh menghasilkan imej realistik berdasarkan input teks yang diberikan.

Kecerdasan Google Imagen ini mampu menghasilkan imej lebih baik berbanding kecerdasan buatan lain yang dihasilkan sebelum ini seperti VQ-GAN+CLIP, Latent Diffusion Models, dan DALL-E 2. Kertas kajian telahpun diterbitkan oleh penyelidik tetapi akses kepada Imagen masih belum diberikan kepada umum. Hanya beberapa sampel telah dikongsi dan hasilnya memang mengagumkan.

Bagi mereka yang berminat untuk membaca mengenai Imagen dan melihat lebih banyak sampel gambar yang dihasilkan dengan hanya input teks, sila ke pautan di bawah.