Peranti Android 13 Akan Menggunakan Teknologi Penjimatan Storan Ciptaan Huawei

Diterbitkan pada Mei 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Walaupun Huawei dan Google ada sedikit isu, di mana peranti-peranti mereka tidak boleh menggunakan Google Mobile Services untuk Play Store dan perkhidmatan Google lain – Huawei masih membangunkan Harmony OS berasaskan AOSP daripada Google.

Terkini, peranti yang akan dilancarkan bersama Android 13 dilaporkan akan menggunakan satu teknologi daripada Huawei. Teknologi ini adalah satu sistem penjimatan storan yang digelar sebagai EROFS iaitu Enhanced Read-Only File System.

EROFS akan menawarkan satu sistem memampat data dan membolehkan fail-fail dibaca pada kadar yang lebih pantas. Untuk itu, Google akan menggunakan EROFS ini sebagai sistem fail untuk membaca fail pada bahagian storan yang digunakan oleh sistem Android.

Sistem fail ini juga hanya boleh digunakan pada peranti Android 13 dengan GMS dan tidak boleh digunakan pada peranti yang menjalankan AOSP.

komen


© Amanz / 2022 Kami