Sudah dua tahun sejak Motorola melancarkan peranti dengan skrin boleh lipat mereka, Razr 5G. Ia adalah satu-satunya pesaing kepada Samsung Galaxy Z Flip, tetapi dijual pada harga lebih tinggi dengan spesifikasi yang setaraf dengan peranti kelas pertengahan.
Tahun ini mereka dijangka akan hadir dengan Razr generasi ketiga dengan skrin luar lebih besar serta kamera yang dijangka akan mempunyai kualiti lebih baik.

Selepas pelancaran Snapdragon 8+ Gen 1, Motorola mengacah yang peranti Razr mereka akan dijana dengan cip berkuasa ini. Ini membuatkan Motorola akhirnya boleh bersaing dengan peranti seperti Galaxy Z Flip. Tertiris baru-baru ini menunjukkan Razr 3 akan hadir dengan pengimbas cap jari di sisi.
Turut kelihatan adalah skrin luar yang lebih besar berserta dwi-kamera. Kod nama peranti ini adalah Maven dan peranti ini akan dilancarkan tidak lama lagi. Apa kata anda mengenai peranti ini?