Redmi Book Pro 2022 Ryzen Edition Dilancarkan Dengan Pilihan CPU AMD Ryzen 6800H

Diterbitkan pada Mei 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Redmi telah mengemaskini barisan komputer ribanya dengan memperkenalkan beberapa penawaran baharu. Ini termasuklah Redmi Book Pro 14 (2022) dan Redmi Book Pro 15 (2022) yang dilengkapi pilihan CPU AMD Ryzen 6000H.

RedmiBook 14 Pro (2022) menggunakan skrin sebesar 14-inci IPS dengan resolusi 2.5K dan kadar segar semula 120Hz. Sementara itu, RedmiBook 15 Pro (2022) pula dibekalkan skrin 15-inci IPS beresolusi 3.5K dengan kadar segar semula 90Hz.

Terdapat dua pilihan cip pemprosesan yang ditawarkan iaitu AMD Ryzen R5 6600H dan Ryzen R7 6800H. Padanan memori pula 16GB RAM LPDDR5 6400MHz dan storan 512GB PCIe 4.0 SSD. Sebagai tambahan, variasi 15-inci dipadankan dengan pilihan khusus GPU GeForce RTX 2050 dengan pembaca kad SD.

Seterusnya, komputer riba turut dibekalkan dengan tiga paip haba dan dwi-kipas untuk pelepasan haba yang baik. Kapasiti bateri yang digunakan pula adalah 56Wh untuk variasi 14-inci dan 72Wh untuk RedmiBook Pro 15 (2022). Senarai harga untuk kedua-duanya adalah seperti di bawah:

  • RedmiBook 14 Pro (2022) Ryzen 5 6600H – CNY 5,299 (~RM3491)
  • RedmiBook 14 Pro (2022) Ryzen R7 6800H – CNY 5,899 (~RM3884)
  • RedmiBook Pro 15 (2022) Ryzen 5 6600H/Radeon 660M – CNY 5,499 (~RM3622)
  • RedmiBook Pro 15 (2022) Ryzen 7 6800H/Radeon 680M- CNY 6,099 (~RM4016)
  • RedmiBook Pro 15 (2022) Ryzen 5 6600H/RTX 2050 – CNY 6,699 (~RM4411)
  • RedmiBook Pro 15 (2022) Ryzen 7 6800H/RTX 2050 – CNY 7,299 (~RM4806)

komen


© Amanz / 2022 Kami