Cari @ Amanz

Apple Music Kini Boleh Diakses Terus Dari Dalam Waze

Link Copied!

Dua aplikasi peta yang kerap digunakan ramai adalah Waze dan Google Maps. Kedua-dua ini hadir dengan banyak ciri dan fungsi menarik dan masing-masing ada pengguna setia. Sistem arahan selok-belok pada hemat saya masih lagi seronok digunakan pada Waze, manakala Google Maps lebih kepada untuk mencari maklumat mengenai sesuatu destinasi.

Kedua-dua Waze dan Google Maps turut menyokong integrasi perkhidmatan penstriman muzik seperti Spotify dan beberapa yang lain. Ini membolehkan pengguna sambil memandu mendengar muzik kegemaran dan mengawalnya terus dari aplikasi peta berbanding ke aplikasi muzik tadi.

Untuk Waze, baru-baru ini mereka telah mengintegrasikan Apple Music. Apple Music kini boleh diakses terus dari dalam aplikasi melalui Waze Audio Player. Buat masa ini Waze menyatakan ciri ini adalah untuk pengguna iPhone sahaja.

Spotify, Audible, Deezer, NPR, iHeartRadio, Pandora, YouTube Music dan Amazon Music adalah antara platform penstriman muzik lain yang disokong oleh Waze.


Komen ()